Friday 31 August 2012

Yahudi, Kristian dan Islam. Satu Tuhan, Satu pesanan sebenar




Firman Allah ada menyatakan " satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam".

Jadi bagaimana dengan agama Yahudi? Bagaimana pula agama Kristian? Tidakkah mereka wujud?

Bertanyalah kepada pakar agama Yahudi sekalipun, dari mana kamu mendapat nama Yahudi? Adakah dari kitab Taurat yang dibawa oleh Musa a.s? Tidak..perkataan itu tidak pernah baginda dengar sepanjang ajarannya.

Jika kita berpeluang untuk bertemu dengan Baginda Musa a.s, ajukan soalan ini kepadanya " apa agama sebenar mu ya..Musa? " saya tidak jangkakan baginda akan menjawab " Yahudi agama ku ". Kerana baginda tidak pernah mendengar perkataan Yahudi sepanjang hidupnya.

Jadi apa yang kita harapkan jawapan dari baginda? Saya jangkakan baginda akan menjawab " agamaku adalah menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan". Suatu jawapan yang cukup cantik untuk ajaran yang baginda sebarkan.

Satu perkataan Arab yang merangkumi jawapan di atas adalah ISLAM.

Bagaimana pula dengan Kristian? Adakah Jesus @ Isa a.s beragama Kristian? Dari mana asalnya perkataan Kristian? Adakah ia boleh didapati di dalam kitab Injil? Tunjukkan kepada saya.

Jika kita berpeluang untuk bertemu dengan baginda Jesus a.s, ajukan soalan ini kepadanya " apa agama sebenar mu ya..Jesus? " saya tidak jangkakan baginda akan menjawab " Kristian agama ku". Kerana baginda tidak pernah mendengar perkataan Kristian sepanjang hidupnya.

adi apa yang kita harapkan jawapan dari baginda? Saya jangkakan baginda akan menjawab " agamaku adalah menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan".

Satu perkataan Arab yang merangkumi jawapan di atas adalah ISLAM.

Agama baginda Jesus a.s adalah Islam, agama Musa a.s juga adalah Islam dan mereka adalah Muslim. Sesiapa saja yang menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan adalah Muslim.

Tetapi masih ada segelintir manusia tidak mahu menyerah diri kepada Allah.

" Wahai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya) " Surah Al Imran (ayat 70)

Satu Tuhan, Satu pesanan sebenar.

Sheikh Ahmed Deedat ( 1918-2005 )

Namun tetap ramai yang menolaknya.






Thursday 9 August 2012

Penjenamaan

Antara rekabentuk logo yang pernah menjadi sumber kewangan kepada saya. Saya bersedia menjadi perekabentuk untuk anda. Khidmat saya melalui +060193443958 ( Hafiz ).

Tahun : 2008
Client : Tingtong Music Studio

Tahun : 2011
Client : Minda Waja (M) Sdn Bhd

Tahun : 2011
Client : Trinity Corporation

Tahun : 2012
Client : An-Nisa
Produk : Kopi Pegaga


Tahun : 2012
Client : Chukai Gym & Fitness Centre

Sunday 15 July 2012

Kata mak saya

 Mak selalu cakap, hidup ni kena lari pandang depan, jangan jenguk orang belakang, nanti kita jadi kesian kat orang belakang dan dalam tak sedar dia jadi beban dalam hidup kita kelak. 

Tapi mak, hari ni saya nak pandang belakang, sebab saya rindu nak tengok apa yang ada kat belakang, tentang memori yang sebenarnya pahit.





 Kata mak selalu benar.

Thursday 9 February 2012

Belajar Menghargai Apa Yang Dianugerahkan


Kadang-kadang apa yang berada di depan mata kita tidak nampak fizikal jelas. Kita memilih untuk terus berada di dalam kesilapan sendiri. Sampai suatu masa kita akan menghargainya dengan sendirinya. Usah terlambat.


Akan tamat tugas sebagai manusia


Kematian adalah janji Tuhan


Add caption

Tuesday 17 January 2012

Larian gagal

Banyak filem saya dah jayakan, dari antagonis hinggakan protagonis, cermelang itu tidaklah, cukuplah apa yang ada gayanya. Sewaktu saya menerima pelawaan untuk menjayakan filem pendek yang satu ini, hati ini seakan-akan menidakkan, saya tinggalkan rasa itu demi menghulur tangan kotor nista ini pada rakan yang memerlukan.

Hasilnya jelas, saya gagal..melakonkan babak berlari adalah lebih sukar daripada melakukan babak diranjang nyata jauh lebih mudah dan boleh bersahaja. Lihat saja saya berlari, seperti sudah setengah umur tidak berlari dan itu hasilnya. Kelihatan seperti kepingan sampah ditiup belaian angin.

Jangan lupa berdiri dan menepuk tangan diakhir siaran video


TIME from RodiTeng OsmanTeng on Vimeo.

Saya malu..

Thursday 12 January 2012

2012 : Yang pertama untuk sesi ini

Sedang figura lain terbujur berada dialam mereka sendiri, aku masih dihadapan kotak leper bercahaya mendengar susuk alun irama pagi.Diselang seli masyarakat rumah beberapa kerat yang mandi pagi mundar mandir di bahagian belakang badan.

Maka aku makin sesak dari hari ke hari, terdesak, didesak.

2012 : Masih sama seperti terdahulu, merangkumi segala macam. Segala macam itulah namanya hidup. Senyum dan teruskan tapak takdir.




: via ipad blanka

Selamat datang ruang 2012.