Friday 30 December 2011

Ingatan Plastik

Selesai solat subuh, pagi yang hening, sayu benar rasa pagi ini, tidak seperti pagi-pagi yang biasa,entah apa yang bermain di fikiran malas dilayan. Mungkin tadi subuh terakhir untuk 2011.

Jujur itu datang,bingkas berfikir dalam kesedaran hakikat, hati ditanya sedalam-dalamnya, mengapa berat untuk aku tinggalkan 2011 ini, kali ini tidak seperti 2008,2009,2010 yang aku sendiri tidak merasai apa-apa melainkan hanya pertukaran hari yang biasa.

Tapi kali ini..

Lain benar rasanya, ketika rakan-rakan sibuk menyiapkan diri mereka dengan serba-serbi yang dipanggil azam, ditambah pula ada yang membuat perancangan selengkapnya bagi menyambut kemunculan angka 2012 dalam kelendar handphone mereka.

" lagi 2 ari nak tahun baru " selit Blanka di dalam keadaan lapang.

" sekejap je kan 2011,tup..tap..da tahun baru " Zaim melayan.

Tapi saat itu muncul dalam pelusuk hati ini perasaan syaitan yakni marah. Apa yang aku marahkan? Tiada langsung. Aku mencari puncanya, kenapa terdetik rasa marah apabila ingatan kepada 2012 semakin hampir. Dan aku temui.

Takut.

Aku sebenar-benarnya takut untuk melangkah kaki kedalam gelanggang 2012 ini, kerana 2011 menyaksikan lebih banyak liku daripada lurus dan liku yang ada di 2011 bakal aku heret ke kancah 2012. Aku benar-benar takut.

Tapi tidak mengapa, bukankah Tuhanku sudah merancang sesuatu yang terbaik untuk aku, mungkin menang atau mungkin kalah aku sedia tempuh untuk rempuh. Aku cuma perlu yakin beserta suntikan sabar.

Aku tinggalkan penulisan yang tidak harus dilayan.

Beralih pula secara tiba-tiba.

Sebentar tadi, ketika aku melayari rangkaian youtube, anak panah tetikus dengan LED merah dibahagian bawahnya telah klik pada satu video. Video yang aku anggap bernilai sentimental kepada aku, apa tidaknya ianya video yang aku upload hampir dua tahun lepas.

Apa istimewanya?

Mungkin tidak bagi anda, tapi bagi aku dan rakan-rakan yang terlibat, ianya sangat bermakna. Mana taknya itu lagu yang berjaya kami abadikan di dalam bentuk CD. Hebat bukan? Zaman ketika menggilai hindangan halwa telinga. Walaupun ianya lagu sendiri, tapi sekian lama aku tidak menikmatinya.




Ternyata ianya boleh dicoretkan sebagai kenangan. Biarlah dia usang disitu.

Terima kasih terhingga kepada Syukri, Ifwat, Jamal atas sebab memberi aku peluang merasai apa yang tak semua orang mampu rasai.

Pagi ini cukup buat aku tersenyum walau tenang itu tidak.

Friday 23 December 2011

Hirisan pena pada kertas (koleksi lukisan) - Part 2

Sering tertanya-tanya,apa yang wujud di dalam otak saya, saya cuba keluarkan apa yang ada, dengan berbekal medium pen dan kertas, imej yang wujud didalam otak dicatat melalui tangan kanan. Ini lah bendanya,imej yang ada di dalam otak.



Filem pendek dari Vauzhall.Layz Production

Semenjak memiliki blog ini, para pengarah filem semakin rakus ingin mengambil saya berlakon dalam filem pendek arahan mereka. Jujur saya katakan, saya tak mampu hendak memenuhi hati semua orang. Jadi saya lakukan apa yang termampu sahaja.

Nah, disini saya kongsikan dengan anda hasil garapan pengarah muda yang saya sudah berkerjasama dengannya hampir 41 tahun dalam industri ini. Dalam masa 41 tahun, hanya 1 filem pendek berjaya dipertontonkan. Takpe lah, ini sudah cukup buat anda tersenyum puas melihatnya.




Anggaplah ini suatu permulaan dari saya dan pengarahnya. Akan diusahakan selebihnya.

Sesi Pembikinan



Beginilah teknik beliau meraikan kejayaan. Nyata berkesan.

Terima kasih kepada pemilik blog http://thebadsector.blogspot.com kerana mengambil saya sebagai pelakon. Terima kasih Blanka, blowjob!

Monday 19 December 2011

Bahagia yang benar

Wanita itu memulakan bicara.

" I tak pernah rasa bahagia bila bersama U, I tak boleh jadi diri I sendiri bila bersama U, untuk apa kita bersama tapi hati I tak bahagia "

" Untuk apa selama ni U dengan I? U cakap U bahagia sangat ada I yang selalu ada untuk U "

" Ex I datang balik, and I rasa bahagia itu ada pada dia "

Senyum setabahnya.

" U bukan tak bahagia dengan I, tapi U menidakkan rasa bahagia dengan I, U tak cuba "

" Bukan I menidakkan, I dah cuba, tapi tak boleh, hati I hanya untuk dia "

" Tak, U tak lepas dengan ikhlas, U tak cuba dengan ikhlas, sebab U takut dengan diri U sendiri "


Wanita itu terdiam, rasa bersalah? Tak mungkin, kerana dia yang memilih jalan cerita yang sedemikian.

Bahagia itu sukar bukan, mata aku masih tertutup dengan perkara yang dikatakan bahagia, ada orang mampu bahagia dengan hanya bersyukur dengan kekurangannya, ada orang yang masih mengharapkan bahagia itu muncul sedangkan bahagia itu sudah terhidang di hadapannya. Buta hati.

Kita mengharapkan lebih sedangkan ia bukannya hak kita, bagaimana? Tuhan anugerahkan hati bukan untuk kita mengikutnya membuta tuli, tetapi mengikutnya dengan iman, bukannya kata hati, kerana kata hati adalah adunan nafsu.

" Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan " petikan Surah Yusuf 12:53

Nafsu manusia itu bersifat memiliki, ditiupkan kedalam hati segenap manusia. Diciptakan pula akal, agar hati sentiasa berada di landasan yang betul.

Aku terpanggil menulis keratan blog ini setelah melihat satu video yang dikongsikan oleh rakan dilaman sosial facebook, benar sungguh video ini hebat, bukan dari segi beliau dilamar, akan tetapi cara beliau berfikir berlandaskan akal, iman dan hati.




Dan bahagia sebenar itu datang apabila kita cuba membahagiakan orang lain yang lebih memerlukan.

Kalaulah semua wanita berfikir seperti ini, aku pasti bertemu dengan kebahagiaan.

" Mesti U dah benci I kan, I bersalah mainkan perasaan U, U boleh salahkan I, I memang bersalah "

" Tak, I tak salahkan U, I salahkan diri I, mungkin ini hukuman Tuhan ke atas I, atas kesilapan I yang lepas "

Lelaki itu menyambung..

" Dan I percaya, perkara yang baik akan datang kemudian, U akan belajar memahami kenapa kita bersama, iaitu tentang kesetiaan "

Tirai pentas dilabuhkan, audien berdiri melagakan kedua tapak tangan mereka berulang kali.

Friday 16 December 2011

Cinta Kristal Yang Abadi


Ketika membuat persembahan amal di hadapan puluhan binatang liar, artis sangatkan..nak-nak drummer
Lokasi : Bukit Belacan



Cinta Kristal from Nor Shamil on Vimeo.


Video oleh : Syamil Syumil
Barisan terdiri daripada : Alip - Suara/Gitar Kedua/Bass
                                      Blanka - Letupan Bass
                                      Nasir - Gitar Utama
                                      Hafiz - Dram/Perkusi
                                      Fareez - Sesi Pemerhati

Jari kelingking

Duduk sejenak, mendengar alunan garau along mengaji, dikelilingi sampah peninggalan, sesekali jari kelingking aku ketar, hairan benar gayanya. Benar, jariku terus menerus bergetar. Aku biarkan dia dengan gayanya. Semakin rancak.

Buat aku berfikir panjang, pergerakkan yang aku sendiri tak mampu mengawalnya, seperti peredaran bulan mengelilingi bumi, seperti bumi melengkapkan pusingannya di dalam landasannya.

Lihat pada ruang sekeliling anda, letak persoalan pada diri anda sendiri

Letak dimana diri anda sekarang,

Pernah muncul
kenapa anda wujud,
kenapa anda termaktub didalam sistem cekerawala ini,
kenapa anda adalah anda,
kenapa anda bukan dia,
kenapa dia bukan anda,
kenapa anda menikmati pelbagai masalah,
kenapa dia diuji kesenangan,
kenapa wujud nilai perbezaan,
kenapa anda dan dia dipelbagaikan,

Adakah perbezaan ruang ini menentukan siapa diri kita, adakah ini dikatakan piagam hidup,

Dijadikan pula takdir sebagai jadual untuk anda,
Takdir sudah ditetapkan setiapnya,
Ahh..goyang kaki saja lah, sudah ditetapkan.

Setiap kewujudan diberi dua jalan dalam kehidupannya,
Pilihannya? Ianya adalah soal keimanan, berbalik pula kepada persoalan yang pernah timbul, kenapa anda adalah anda..

..kerana pilihan takdir itu adalah anda pada mulanya.
 
" maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan " diulangi 31 kali di dalam helaian Surah Ar Rahman.

Tidak perlu merasa sayang untuk melepaskan apa yang kita sayang demi manfaat kewujudan yang lain walhal kita dijanjikan nikmat yang lebih baik.

Maka aku perlu kenal apa itu definasi syukur. Along sudah selesai mengaji.

Sunday 11 December 2011

Nafsu

April 2011

Sudutan dari filem pendek yang pernah dihasilkan bersama teman seangkatan, penuh dengan kerisauan ketika menghasilkan sudut ini, apa tak nya, dengan bakat yang ada dalam diri ini risau ramai penerbit filem cari saya untuk membintangi filem mereka nanti, bukannya tak nak..tapi saya mahal






saya tak jawab panggilan yang saya tidak kenal angkanya

Saturday 10 December 2011

Kotebusuk (U)

Feb 2010

Setahun memohon, tapi setiap kali ke ATM ternyata masih lagi berstatus gagal
Masih lagi bingung, makhluk semiskin aku ni masih tak layak ke? aku menyalak di kantor selayaknya..

"baik adik telipon diorang sendiri tanye,akak dah hantar dah borang adik" jelasnya.

tak sangka watak ibu di dalam drama Atashinchi benar-benar wujud :




baiklah, mungkin ada benar katanya..aku harus membuat panggilan bertanyakan soal status ptptn yang masih lagi menjadi tanda tanya. papan kekunci telefon mudah alih ditekan dengan sebetulnya :

"panggilan anda akan disambungkan sebentar lagi"

aku sememangnya tiada masalah dalam mengawal kesabaran, ibu selalu berpesan, orang bersabar ni selalu menang, walaupun aku selalu kalah tapi aku lebih percayakan kata ibu.

"ya encik,boleh saya bantu?" manis benar suara gadis ni

"saya nak tanya status permohonan saya"

"boleh encik bagi no ic encik?

"870820115313"

"kata laluan encik?"

"kena bagi kata laluan ker?"

"ya encik"

Sejujurnya daya ingatan aku adalah berada ditahap yang agak lemah, dan aku bersyukur kerana aku sedar kekurangan ini seawal usia remaja ku mengenali alam maya ni, jadi bagi memudahkan urusan ku dengan teknologi, semua kata laluan aku di internet adalah sama, segala urusan yang melibatkan kata laluan semuanya adalah kata laluan yang sama, jadi aku hanya perlu mengingat satu kata laluan sahaja.

"kotebusuk" bersahaja dengan nada perlahan

Jujur. Kemiskinan menghimpit dan terus memaksa aku terus dengan terang. Kesian dia, terpaksa mendengar ucapan kotor.

"huh? saya tukar ya kata laluan encik"

"k.."


Dis 2011

Maafkan saya, saya dah lupa kata laluan baru saya

Friday 9 December 2011

cuaca kelihatan macam pagi

tiada apa di dalam kepala, hanya empty tanpa isi, pagi yang agak sesak, melihat along mundar mandir dibelakang ku mencari pelincir untuk rambutnya, figura makhluk sasa blanka di pertengahan ruang seakan-akan halangan buat along dalam usahanya untuk tidak lewat ke medan wang.

"mane minyok rambut aku?" rambutnya masih basah

"uugghhh" dengusan kecil di permukaan lantai

selamat pagi dunia.

Sunday 4 December 2011

Yang Pertama

Percubaan kali pertama, masih lagi cuba memahami konsep teknologi di hujung jari.

Sukar.