Friday 30 December 2011

Ingatan Plastik

Selesai solat subuh, pagi yang hening, sayu benar rasa pagi ini, tidak seperti pagi-pagi yang biasa,entah apa yang bermain di fikiran malas dilayan. Mungkin tadi subuh terakhir untuk 2011.

Jujur itu datang,bingkas berfikir dalam kesedaran hakikat, hati ditanya sedalam-dalamnya, mengapa berat untuk aku tinggalkan 2011 ini, kali ini tidak seperti 2008,2009,2010 yang aku sendiri tidak merasai apa-apa melainkan hanya pertukaran hari yang biasa.

Tapi kali ini..

Lain benar rasanya, ketika rakan-rakan sibuk menyiapkan diri mereka dengan serba-serbi yang dipanggil azam, ditambah pula ada yang membuat perancangan selengkapnya bagi menyambut kemunculan angka 2012 dalam kelendar handphone mereka.

" lagi 2 ari nak tahun baru " selit Blanka di dalam keadaan lapang.

" sekejap je kan 2011,tup..tap..da tahun baru " Zaim melayan.

Tapi saat itu muncul dalam pelusuk hati ini perasaan syaitan yakni marah. Apa yang aku marahkan? Tiada langsung. Aku mencari puncanya, kenapa terdetik rasa marah apabila ingatan kepada 2012 semakin hampir. Dan aku temui.

Takut.

Aku sebenar-benarnya takut untuk melangkah kaki kedalam gelanggang 2012 ini, kerana 2011 menyaksikan lebih banyak liku daripada lurus dan liku yang ada di 2011 bakal aku heret ke kancah 2012. Aku benar-benar takut.

Tapi tidak mengapa, bukankah Tuhanku sudah merancang sesuatu yang terbaik untuk aku, mungkin menang atau mungkin kalah aku sedia tempuh untuk rempuh. Aku cuma perlu yakin beserta suntikan sabar.

Aku tinggalkan penulisan yang tidak harus dilayan.

Beralih pula secara tiba-tiba.

Sebentar tadi, ketika aku melayari rangkaian youtube, anak panah tetikus dengan LED merah dibahagian bawahnya telah klik pada satu video. Video yang aku anggap bernilai sentimental kepada aku, apa tidaknya ianya video yang aku upload hampir dua tahun lepas.

Apa istimewanya?

Mungkin tidak bagi anda, tapi bagi aku dan rakan-rakan yang terlibat, ianya sangat bermakna. Mana taknya itu lagu yang berjaya kami abadikan di dalam bentuk CD. Hebat bukan? Zaman ketika menggilai hindangan halwa telinga. Walaupun ianya lagu sendiri, tapi sekian lama aku tidak menikmatinya.




Ternyata ianya boleh dicoretkan sebagai kenangan. Biarlah dia usang disitu.

Terima kasih terhingga kepada Syukri, Ifwat, Jamal atas sebab memberi aku peluang merasai apa yang tak semua orang mampu rasai.

Pagi ini cukup buat aku tersenyum walau tenang itu tidak.

3 comments:

  1. Anda telah di tag di sini:

    http://protessenyap.blogspot.com/2012/03/ingatan-plastik.html

    ReplyDelete
  2. tibe-tibe aku teringatkan azahari affazul.... rindunye ngn muorang n kenangan lame... :(

    ReplyDelete