Friday 16 December 2011

Jari kelingking

Duduk sejenak, mendengar alunan garau along mengaji, dikelilingi sampah peninggalan, sesekali jari kelingking aku ketar, hairan benar gayanya. Benar, jariku terus menerus bergetar. Aku biarkan dia dengan gayanya. Semakin rancak.

Buat aku berfikir panjang, pergerakkan yang aku sendiri tak mampu mengawalnya, seperti peredaran bulan mengelilingi bumi, seperti bumi melengkapkan pusingannya di dalam landasannya.

Lihat pada ruang sekeliling anda, letak persoalan pada diri anda sendiri

Letak dimana diri anda sekarang,

Pernah muncul
kenapa anda wujud,
kenapa anda termaktub didalam sistem cekerawala ini,
kenapa anda adalah anda,
kenapa anda bukan dia,
kenapa dia bukan anda,
kenapa anda menikmati pelbagai masalah,
kenapa dia diuji kesenangan,
kenapa wujud nilai perbezaan,
kenapa anda dan dia dipelbagaikan,

Adakah perbezaan ruang ini menentukan siapa diri kita, adakah ini dikatakan piagam hidup,

Dijadikan pula takdir sebagai jadual untuk anda,
Takdir sudah ditetapkan setiapnya,
Ahh..goyang kaki saja lah, sudah ditetapkan.

Setiap kewujudan diberi dua jalan dalam kehidupannya,
Pilihannya? Ianya adalah soal keimanan, berbalik pula kepada persoalan yang pernah timbul, kenapa anda adalah anda..

..kerana pilihan takdir itu adalah anda pada mulanya.
 
" maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan " diulangi 31 kali di dalam helaian Surah Ar Rahman.

Tidak perlu merasa sayang untuk melepaskan apa yang kita sayang demi manfaat kewujudan yang lain walhal kita dijanjikan nikmat yang lebih baik.

Maka aku perlu kenal apa itu definasi syukur. Along sudah selesai mengaji.

No comments:

Post a Comment