Friday 31 August 2012

Yahudi, Kristian dan Islam. Satu Tuhan, Satu pesanan sebenar




Firman Allah ada menyatakan " satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam".

Jadi bagaimana dengan agama Yahudi? Bagaimana pula agama Kristian? Tidakkah mereka wujud?

Bertanyalah kepada pakar agama Yahudi sekalipun, dari mana kamu mendapat nama Yahudi? Adakah dari kitab Taurat yang dibawa oleh Musa a.s? Tidak..perkataan itu tidak pernah baginda dengar sepanjang ajarannya.

Jika kita berpeluang untuk bertemu dengan Baginda Musa a.s, ajukan soalan ini kepadanya " apa agama sebenar mu ya..Musa? " saya tidak jangkakan baginda akan menjawab " Yahudi agama ku ". Kerana baginda tidak pernah mendengar perkataan Yahudi sepanjang hidupnya.

Jadi apa yang kita harapkan jawapan dari baginda? Saya jangkakan baginda akan menjawab " agamaku adalah menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan". Suatu jawapan yang cukup cantik untuk ajaran yang baginda sebarkan.

Satu perkataan Arab yang merangkumi jawapan di atas adalah ISLAM.

Bagaimana pula dengan Kristian? Adakah Jesus @ Isa a.s beragama Kristian? Dari mana asalnya perkataan Kristian? Adakah ia boleh didapati di dalam kitab Injil? Tunjukkan kepada saya.

Jika kita berpeluang untuk bertemu dengan baginda Jesus a.s, ajukan soalan ini kepadanya " apa agama sebenar mu ya..Jesus? " saya tidak jangkakan baginda akan menjawab " Kristian agama ku". Kerana baginda tidak pernah mendengar perkataan Kristian sepanjang hidupnya.

adi apa yang kita harapkan jawapan dari baginda? Saya jangkakan baginda akan menjawab " agamaku adalah menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan".

Satu perkataan Arab yang merangkumi jawapan di atas adalah ISLAM.

Agama baginda Jesus a.s adalah Islam, agama Musa a.s juga adalah Islam dan mereka adalah Muslim. Sesiapa saja yang menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan adalah Muslim.

Tetapi masih ada segelintir manusia tidak mahu menyerah diri kepada Allah.

" Wahai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya) " Surah Al Imran (ayat 70)

Satu Tuhan, Satu pesanan sebenar.

Sheikh Ahmed Deedat ( 1918-2005 )

Namun tetap ramai yang menolaknya.






Thursday 9 August 2012

Penjenamaan

Antara rekabentuk logo yang pernah menjadi sumber kewangan kepada saya. Saya bersedia menjadi perekabentuk untuk anda. Khidmat saya melalui +060193443958 ( Hafiz ).

Tahun : 2008
Client : Tingtong Music Studio

Tahun : 2011
Client : Minda Waja (M) Sdn Bhd

Tahun : 2011
Client : Trinity Corporation

Tahun : 2012
Client : An-Nisa
Produk : Kopi Pegaga


Tahun : 2012
Client : Chukai Gym & Fitness Centre